Terima kasih Dulhisham bin Deris..Suami tersayang banyak mematangkan diri ini..Walaupun terkadang terselit dihati kecil ini perasaan "eii geramnya" tapi jauh dilubuk hati ini ingin sekali aku mengucapkan berjuta juta ucapan "terima kasih sayang"..Jauhnya beda antara kita 31 tahun-20 tahun = 11 tahun..Waah itu satu angka yang besar..Tapi seandainya number 11 itu diasing dan dipluskan 1+1= 2, hanya 2..macam itulah kita..
Hikmahmu Ya Allah, yang engkau sembunyikan daripadaku kini telah aku ketemukan..Kenapa jodoh aku seorang yang berusia 31 tahun..Ini semua adalah untuk mengajar aku erti sebuah kehidupan yang bakal aku tempuh lagi 11 tahun dihadapan.."Alhamdulillah Ya Allah, aku yang hanya berusia 20 tahun, tapi berpeluang menikmati masa depan aku yang 11 tahun lagi bakal aku tempuhi..Terima kasih kerana engkau mengutuskan aku seorang hambamu untuk membawaku melayari hari hari aku...
Kepada Dulhisham bin Deris, "Thank you sayang sebab sanggup melayani hidup seorang perempuan yang masih mentah serbanya"..
Dari hari kehari engkau mengajarku,
~ Erti sebuah rumahtangga + menguruskannya
~ Erti mempunyai 2 pasang ibu bapa + menabur bakti kepada mereka
~ Erti mempunyai cahaya mata + menyayanginya
~ Erti mempunyai diri yang disayangi + menghargainya
~ Erti mempunyai harta dan aset + menguruskannya
~ Erti menjadi seorang muslimah + mengupgradekannya
Dalam hati kecil ini sering bertanya "Tidak bosankah engkau, menjadi seorang guru yang setia, hanya kepada perempuan mentah ini?"....."Bagaimana aku hendak membalasnya, untuk seorang insan yang tabah ini, yang bergelar seorang suami & ayah yang mithali"..
Sejuk hati ini tatkala mendengar " hanya kesetiaan, kebaikan & kepatuhan yang didambakan daripada seorang isteri"..."Insyaallah sayang, akan aku cuba untuk tunaikan permintaanmu itu, hanya untukmu kerana ALlah taala"....
Ya aku akan cuba sedaya mungkin untuk mengukir senyummu spanjang hayatku...
Rabu, 5 Mei 2010
Live is very simple with everyday practice.
Dicatat oleh Douliana di 10:41 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan